Aku impikan diriku....
Yang sentiasa ghairah bertasbih....
Mengadu rindu kepadaNya...
MengasihiNya sepenuh jiwa dan raga....
MencintaiNya sekuat hati....
Aku impikan diriku....
Yang sentiasa mengalirkan airmata....
Akibat rindunya aku kepada penciptaku....
Akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat....
Akibat segannya aku kerana sering menipu....
Kecintaan ku kepadaNya....
Aku impikan diriku....
Yang hatinya sentiasa bersabar bergetar....
Apabila nama Tuhanku disebut....
Jantungku berdegup kencang....
Bila disebut azabNya....
Tetapi tenang semula....
Bila dicerita kasih sayang Nya....
Yang Maha Luas....
Aku impikan diriku...
Yang setiap detik mengingatiNya....
Akan nikmatNya yang tidak terhingga....
Kerana aku tiada apa-apa....
Dialah yang Maha Pemberi....
Aku impikan diriku....
Yang sentiasa bertawakkal padaNya....
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku....
Maha suci dari menzalimiku....
Kerana Dia penciptaku....
Yang penuh dengan kecintaan kepada makhlukNya
No comments:
Post a Comment