"Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".”
(surah al-Anfaal: ayat 50)
“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan sakratulmaut (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya.”
(surah Al- An'aam: ayat 93)
Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian, peristiwa terpisahnya nyawa dengan jasad tetap teramat menyakitkan.
"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang".
(H.R. Ibnu Abu Dunya)
Sakitnya sakaratul maut telah diceritakan dalam sirah Nabi Idris a.s. Allah telah menyebutnya dalam al-Quran seperti berikut:
" Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi"
(surah Maryam, 19: 56)
Nabi Idris dilahirkan seratus tahun selepas kematian Nabi Adam A.S. Nama penuhnya, Idris bin Yarad bin Mahlail. Keturunan daripada Nabi Syits bin Adam a.s. Dia merupakan moyang kepada Nabi Nuh a.s. Baginda adalah manusia pertama yang belajar menulis. Dia sempat berjumpa dengan Nabi Adam selama 308 tahun, kerana umur Nabi Adam panjang, iaitu selama 1000 tahun.
Diketahui bahawa 30 bahagian ayat-ayat suci Allah diwahyukan kepada baginda. Baginda adalah manusia pertama yang mengajarkan ilmu politik, pembangunan kota hingga terbina 188 kota ketika itu, dan yang menemui sains astronomi dan aritmetik.
Nabi Idris a.s. mengajar dengan teguran dan nasihat yang baik seperti berikut:
1. Jangan berasa dengki dengan kekayaan orang lain.
2. Sesiapa yang mempunyai keinginan yang tidak terbatas, akanmenghalangnya daripada berpuashati dengan kekayaan yang diperolehi.
3. Seseorang mestilah ikhlas dalam pengabdian kepada Allah.
4. Berdosa jika melakukan sumpah yang salah.
5. Sabar adalah kunci kejayaan
6. Sesiapa yang mengawal nafsunya adalah seorang yang bertuah. Golongan yang berbuat baik sahaja akan hidup dalam syafaat daripada Allah semasa hari pembalasan.
7. Sesiapa yang ingin mencapai kesempurnaan dalam ilmu, sepatutnya tidak terlibat dengan perlakuan yang tidak bermoral.
Beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalamkesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit.
Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Malaikat Izrail sangat cinta dan merinduinya. Maka bermohonlah Malaikat Izrail kepada Allah s.w.t agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu ke rumah Nabi Idris a.s. dan ketika itu Nabi Idris a.s. sedang berpuasa sepanjang tahun.
"Assalamu'alaikum, ya Nabi Allah", Salam Malaikat Izrail.
"Wa'alaikum salam wa rahmatulloh". Jawab Nabi Idris a.s.
Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahawa lelaki yang menziarahinya itu adalah Malaikat Izrail. Seperti tetamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail.
Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap" Allah s.w.t sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Selama 4 hari bersama, Nabi Idris melihat banyak keanehan daripada tetamunya itu.
Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tetamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.
"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita" pinta Malaikat Izrail (untuk menguji Nabi Idris a.s).
"Subhanallah (Maha Suci Allah)," kata Nabi Idris a.s.
"Kenapa?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.
"Buah-buahan ini bukan milik kita", ungkap Nabi Idris a.s.
Kemudian beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".
Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tetamunya yang tidak merasa bersalah. Dalam diam-diam, beliau mula tertanya tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangannya? pikir Nabi Idris a.s.
"Siapakah engkau sebenarnya?" tanya Nabi Idris a.s.
"Aku Malaikat Izrail", jawab Malaikat Izrail.
Nabi Idris a.s. bertanya, "Apakah engkau ini yang akan mencabut nyawa setiap orang?“
Malaikat Izrail menjawab,“ Ya“.
"Selama 4 hari engkau bersamaku, apakah engkau juga mencabut nyawa orang lain?", tanya Nabi Idris a.s lagi.
"Ya, saya mencabut beberapa nyawa dan sesungguhnya jiwa makhluk itu untukku, sama seperti hidangan di depan saya atau seperti engkau menghadapi sesuap makanan“, jawab Malaikat Izrail.
"Wahai Malaikat Maut, apakah kedatanganmu untuk menziarahi ku atau mencabut nyawaku?", selidik Nabi Idris a.s serius."Aku hanya datang untuk menziarahi mu dengan izin Allah Ta’ala", senyum Malaikat Izrail penuh hormat.
Nabi Idris mengangguk, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.
"Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai keinginan kepadamu", tutur Nabi Idris a.s.
"Apa itu? katakanlah!", jawab Malaikat Izrail.
"Ku mohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkan ku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku selepas saya merasakan sakratulmaut". Pinta Nabi Idris a.s.
"Tanpa izin Allah Ta’ala, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.
Pada saat itu, Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar memenuhipermintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah s.w.t., Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat. Malaikat Izrail menangis, lalu memohon kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengkabulkan permohonannya. Setelah di kabulkan Allah, Nabi Idris a.s. hidup kembali.
"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku?" Tanya Malaikat Izrail.
"Sesungguhnya, seperti terkupas kulit dalam keadaan hidup, rasa sakit menghadapi maut itu lebih 1000 kali ganda", jawab Nabi Idris a.s.
"Aku lakukan secara hati-hati dan lemah lembut khusus mencabut nyawamu, belum pernah aku lakukannya terhadap orang lain", kata Malaikat Izrail.
MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita? Siapkah kita untuk menghadapinya ?
-WALLAHU'ALAM-
apakah termampu? sedia? menanti tibnya ia?....
ReplyDeletetiada sapa pun tahu bila masanya akn tiba.. kita hnya blh b'sedia.. yg tu paling susah utk dilakukn..
ReplyDelete