Salam..
Minggu yg agak sibuk dgn keje.. errmmm, saya nak citer la sikit pasal tajuk kat atas tu.. cer citer cer citer.. (macam nak buat novel je.. kihkihkih)
Gini citernya, hari ahad lps hari yg agak membosankan bagi saya, asyik duk lepak depan tv je.. kerja rumah semua dah settle.. dah boring sangat.. so, sambil tengok tv sambil duk belek-belek buku yg ada..
Tetiba aje teringin nak buat kek bila ternampak buku resipi atas meja depan tv.. dah lama sgt tak buat kek semenjak kerja dekat lumut..
Kali ni saya mencuba resipi kek Sarawak dari dayangjack.. makasih kongsi ilmu ni.. dah lama nak belajar buat kek dari sarawak yang sendirian berhad (sendiri buat lerr)… kek yang beli kat kedai rasa manis sangat., jadi saya yang jenis tak suka manis ubahsuai la sikit resipi tu… terpaksa derhaka kat resipi asal.. (jangan mare yerr..)
Cubaan menjadi jgk akhirnya.. memang kek ni gebu, sedap dan tak manis sangat.. suke suke suke.. (^_^)
Inilah hasilnya, kek lumut sesuai dgn nama tempat saya tinggal skrg.. hehehe..
Kat sini saya salinan semula resipi asal dan ubahsuainya dalam tulisan italic tu…
KEK LUMUT
Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : (Loyang kecil 7" x 7")
• 1 cawan tepung gandum (diayak)
• 1 cawan horlicks
• 3/4 cawan gula halus (1/2 cawan gula halus)
• 250 g mentega
• 4 biji telur A
• pewarna hijau secukupnya (campur dgn sedikit pes pandan)
• 4 sudu besar seri kaya
• 1/4 cawan susu pekat manis (2 sudu bsr)
• 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
1. Sediakan pengukus dan didihkan air.
2. Griskan loyang dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Baki tepung dikeluarkan.
3. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksimum.
4. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna kelajuan sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
5. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan dengan spatula.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
7. Masukkan pewarna hijau, pes pandan dan esen vanilla. Sebatikan.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah digriskan dan tutupkan dgn aluminium foil.
9. Cuma masa mengukus ialah 2 jam 30 minit.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment